ILMU PENGETAHUAN ADALAH PANGKAL SEGALA KEJAYAAN
Perkataan
ilmu dari sudut bahasanya adalah berasal daripada perkataan arab iaitu
calima, yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk
mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya. Sementara ilmu dari segi
istilah memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang
sesuatu yang datang dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada
rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek
lahiriah dan batiniah.
Secara
umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang
sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod
tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait
dengan bidang ilmu tersebut. Ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat
dalam dua bentuk iaitu ilmu pengetahuan nyata (explicit knowledge)
dan ilmu pengetahuan tidak nyata (tacit knowledge). Ilmu pengetahuan
nyata boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak
manakala ilmu pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda,
amalan harian, pengalaman, memori dan seumpamanya yang kebiasaannya
sukar dilihat dengan mata kasar.
No comments:
Post a Comment