IKRAR KESATRIA
Kami berikrar:
1. Beriman kepada Tuhan dan bertaqwa kepadaNya
2. Setia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingannya
dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah
3. Memegang teguh disiplin tentera dan senantiasa menjunjung tinggi
sikap keperwiraan dan kehormatan tentera.
4. Mengutamakan perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas
5. Menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya
MENUJU KE ARAH USAHAWAN
Thursday, 5 September 2013
ILMU PENGETAHUAN ADALAH PANGKAL SEGALA KEJAYAAN
Perkataan ilmu dari sudut bahasanya adalah berasal daripada perkataan arab iaitu calima, yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya. Sementara ilmu dari segi istilah memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batiniah.
Secara umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. Ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat dalam dua bentuk iaitu ilmu pengetahuan nyata (explicit knowledge) dan ilmu pengetahuan tidak nyata (tacit knowledge). Ilmu pengetahuan nyata boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak manakala ilmu pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda, amalan harian, pengalaman, memori dan seumpamanya yang kebiasaannya sukar dilihat dengan mata kasar.

Subscribe to:
Posts (Atom)